Business Card Design

Aktiviti menganalisa kelebihan dan kekurangan business card..

La Teja Business Card

Rekabentuk Business Kad Bagi Syarikat La Teja Event Sdn Bhd.

Produk Idea and Marketing

Mencipta Produk Idea Berdasarkan Keadaan Persekitaran Perniagaan.

Inovatif

Mencipta Produk Yang Berinovasi Berasaskan Barangan Terpakai.

Business Idea Competition - Slide








Company Members

This summary is not available. Please click here to view the post.

Contact Us

Our Contact Details
LaTeja Events Sdn Bhd
Office
603-91732849
Mobile
019-6167123
DiDie
017-6890783
CiTie
012-3463990
E-mail 


Service Provide

We pride ourselves on providing what we believe is the ultimate in personal service combined with the business ethics, professionalism and friendliness which we see as the key to our current success and future development.

Our approach to event management is centered around the requirements, objectives and expectations of our clients. At
LaTeja, we believe a structured methodology is essential in ensuring success of an event.


The Brief Without doubt, the most important element of Planning any event. By working through a series of questions with our clients, this enables us to accurately establish their needs, understand their objectives and discuss their expectations.

The Initial Proposal Having fully understood the needs and objectives of our clients, we then create an initial proposal outlining our concept and creative ideas.

Event Planning Once the proposal has been agreed upon, we then undertake the planning of the event, attending to and managing every aspect in meticulous detail.

Event Management Once the planning is complete, we undertake the production and management of every phase of the event on site.

Post Event Follow Up At
LaTeja Events we believe a debrief to review an event to be essential. This enables us to ensure best practice in working with our clients.

  • Designer Invitation Cards
  • Transport (Rental & Decoration)
  • Hotel / Venue Booking
  • Gift Baskets/Door Gift  
  • Menu Planning
  • Live Music / DJ
  • Theme Setup
  • Cocktail Reception
  • Pre-Wedding ( Engagement Party)
  • Guest Accommodation
  • Wedding Reception
  • Wedding Anniversary
  • Floral Decor
  • Photography / Video Recording
  • Andaman
 ...and much more!

Week 5

Week 4

Week 3

Week 2

Rancangan Perniagaan Senang Rasa Katering

1.0. PENGENALAN

Senang Rasa Katering merupakan perniagaan milik tunggal yang akan didaftarkan pada awal bulan April 2007, bagi menjalankan aktiviti katering di sekitar Pekan Hutan Melintang, Perak dan bandar-bandar sekitarnya. Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan katering kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan mulai dari tahun 2000 lagi. Sepanjang tempoh itu, pengusaha telah memberi perkhidmatan katering kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, Pusat Kegiatan Guru, Sekolah dan orang perseorangan .

Pengusaha bercadang untuk bersara pilihan dan menceburi bidang perniagaan katering secara sepenuh masa.
Perniagaan ini akan beroperasi di No. 64, Taman Sri Ishaq, 36400 Hutan Melintang, Perak. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati perniagaan katering merupakan satu perniagaan yang berpotensi kerana terdapat banyak permintaan.

Sepertimana diketahui kebanyakan wanita hari terlibat dengan perkerjaan sepenuh masa sama ada dalam sektor awam mahu pun swasta, mereka tidak mempunyai waktu untuk memasak sendiri sekiranya mahu mengadakan majlis-majlis seperti kenduri doa selamat, kenduri arwah, jamuan hariraya dan sambutan hari lahir serta kenduri kahwin, malahan pada hari ini semangat gotong royong mahu mengadakan kenduri kendara juga telah berkurangan kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kekurangan tenaga kerja
untuk membuat persiapan dan memasak untuk kenduri kendara.

Oleh itu, kebanyakan orang akan mengambil perkidmatan katering untuk menyenangkan kerja dan mereka juga mempunyai peruntukan (kuasa membeli) untuk berbuat begitu.Permintaan perkhidmatan katering juga sangat banyak di pejabat untuk majlis seperti mesyuarat, majlis perpisahan, majlis keraiaan dan kursus-kursus dalam perkhidmatan.

Walau pun di setengah jabatan ada kantin dan kafeteria namun lazimnya penganjur lebih gemar untuk mendapatkan perkhidmatan katering dari pihak luar untuk merubah citarasa. Kami yakin dan pasti perniagaan yang bakal kami jalankan ini akan berkembang maju dan sekaligus dapat mencapai matlamat serta objektif perniagaan kami khususnya dalam mengaut keuntungan.

2.0. OBJEKTIF/TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN.

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk memberi penerangan yang menyeluruh tentang perniagaan yang akan diceburi. Disamping itu juga Rancangan Perniagaan ini untuk membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran, pembekal, perkhidmatan dan kewangan perniagaan.
Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat untuk tujuan berikut:
  1. Melihat daya maju projek yang dirancang.
  2. Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
  3. Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.
  4. Memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta program untuk menamatkan program latihan galakan perniagaan bagi kakitangan yang menyertai kursus ini.
  5. Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan dilaksanakan.

3.0. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN.

Nama Perniagaan :
Alamat Berdaftar : No. 64, Taman Sri Ishaq,
36400 Hutan Melintang , Perak.
Alamat Operasi : No. 64, Taman Sri Ishaq,
36400 Hutan Melintang, Perak.
No. Telefon :
No. Daftar Perniagaan : -
Tarikh Perniagaan : Akan didaftarkan nanti.
Aktiviti Perniagaan : Perkhidmatan Katering. Penyewaan kerusi meja & kanopi, peralatan Buffet dan PA sistem. ( Rancangan masa depan ).
Bentuk Perniagaan : Milik Tunggal
Modal Permulaan : RM 20.000.00
Bank Berususan : Bank Islam, 36000 Teluk Intan, Perak.
No. Akaun :
Nama Pemilik :
No. Kad Pengenalan :

4.0. LATAR BELAKANG PEMILIK.

Nama :
Jawatan : Pemilik/Pengurus
Alamat Tetap : No. 64, Taman Sri Ishaq,
36400 Hutan Melintang, Perak.
No. Telefon :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh Lahir :
Bangsa / Agama : Melayu / Islam
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kelulusan Akedemik : Tingkatan 5
Pengalaman Kerja :
Majikan. Jawatan Tahun
SM. Khir Johari PAR makmal 1980 – hingga kini
Kursus yang Berkaitan :
  1. Kursus Asas Perniagaan
  2. Kursus Keusahawan Anjuran MEDC (sedang berjalan)

5.0. SKOP PERNIAGAAN.
5.1. Aktiviti Perniagaan

Diantara aktiviti utama yang dijalankan oleh perniagaan ini ialah menyedia dan membekalkan makanan dan minuman kepada majlis kenduri perkahwinan di sekitar kawasan pekan Hutan Melintang dan kawasan-kawasan sekitar seperti Teluk Intan, Bagan Datoh, Selekoh dan Sabak Bernam. Begitu juga membekalkan makanan dan minuman bagi kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Perak, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, Maktab Perguruan, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak di Pusat Kegiatan Guru Hutan Melintang.

5.2. Produk dan Perkhidmatan
Menyediakan minum pagi, minum petang dan makan minum mengikut permintaan pelanggan. Menghantar tempahan ke destinasi yang diminta dan menyediakan semua kerja-kerja di majlis jamuan.

5.3. Potensi Perniagaan
5.3.1. Berdasarkan kepada perkembangan semasa, masyarakat tempatan khususnya orang-orang melayu yang beragama Islam menggunakan kesempatan cuti sekolah yang panjang dan cuti minggu untuk mengadakan majlis perkahwinan.

5.3.2. Oleh sebab kesuntukkan masa, kerja mudah tanpa perlu banyak kerja, masyarakat kita hari ini akan membuat kenduri dengan menggunakan perkhidmatan katering. Begitu juga dengan permintaan khidmat makan dan minum bagi kursus, perjumpaan dan mesyuarat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak, Maktab Perguruan di Pusat Kegiatan Guru Hutan Melintang yang sentiasa ada sepanjang tahun. Kalau dilihat dari aspek itu perniagaan katering mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang disekitar 40% hingga 60% setahun. Oleh kerana perniagaan ini masih berada ditahap awal perkembangannya, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar dan luas untuk dikembangkan dimasa hadapan.

5.3.3. Masyarakat tempatan biasanya menilai kemampuan dan perkhidmatan yang diberikan seperti dari segi kemampuan, kecekapan, keenakan, kualiti, harga, kebersihan, kelancaran bagi sesuatu majlis atau jamuan yang diadakan. Bagi memenuhi permintaan keperluan masyarakat semasa, perniagaan ini akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri tersebut supaya pelanggan berpuashati dan seterusnya akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang berterusan perniagaan ini akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana perkhidmatannya yang ditawarkan sentiasa dipastikan pada tahap yang tinggi.

5.3.4. Lokasi perniagaan juga terletak di tengah-tengah kedudukan yang mana dikelilingi oleh kampung-kampung dan pekan-pekan kecil dan bandar.Pasti masyarakat keliling memerlukan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan dan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat. Memandangkan ekonomi negara yang terus berkembang pesat turut menyumbang kepada potensi perkembangan permintaan perkhidmatan
perniagaan ini.

6.0. ASPEK PENGURUSAN
6.1. Struktur Organisasi
Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut.

6.2. CARTA ORGANISASI


6.3. Fungsi dan Tanggungjawab
Perniagaan ini telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaan.
6.3.1 Pengurus/Pemilik dan Bahagian Kewangan & Pentadbiran.
  • Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi perniagaan.
  • Mencari pesanan dan promosi perniagaan.
  • Memastikan pengaliran wang dalam perniagaan terkawal dan berjalan lancar
  • Menyediakan laporan kewangan tahunan.
  • Membayar gaji pekerja.
  • Merancang dan melaksana aktiviti operasi daripada perancangan belian bahan sehingga hidangan siap dimasak.
  • Menentukan keperluan sumber manusia mencukupi.
  • Memastikan pelanggan dilayan dengan baik
  • Merancang kemajuan perkhidmatan kearah kecemerlangan dan penambah baik.
6.3.2 Tukang Masak.
  • Bertanggungjawab dalam segala hal tentang masakan yang hendak disajikan kepada pelanggan.
  • Memasak mengikut menu-menu yang ditetapkan.
  • Menentukan penyediaan bahan-bahan mentah yang telah disediakan oleh pembantu.
  • Memastikan kualiti makanan dengan mengekalkan rasa dan kebersihan setaraf citarasa pelanggan.
6.3.3 Pembantu Am.
  • Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas am membantu tukang masak.
  • Membersihkan peralatan masak.
  • Membersihkan kawasan persekitaran sebelum dan selepas kerja-kerja memasak dan tugas-tugas lain yang bersesuaian.
  • Memastikan juga hamparan alas meja, hiasan sekitar dan hiasan lain-lain yang diperlukan siap terlebih awal sebelum hidangan disaji.
6.4. Gaji dan Ganjaran



6.5. Belanja Pengurusan
Bagi tujuan pengurusan perniagaan menganggarkan perbelanjaan dalam sebulan mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaannya adalah seperti berikut:


6.6. Strategi Pengurusan

Keadah pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik dan sistematik amat mustahak didalam usaha memajukan perniagaan dengan memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dengan layanan mesra pelanggan bagi memastikan perniagaan berdaya maju setanding dengan perniagaan-perniagaan katering sedia ada. Oleh itu, perniagaan ini telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti berikut:
  • Menerapkan semangat kerja berpasukan (teamwork) diantara para kakitangan dan pihak pengurusan untuk faedah bersama.
  • Memberi bimbingan kepada kakitangan supaya dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.
  • Setiap pihak sama ada pekerja bawahan atau pengurusan sentiasa berbincang dan memberi pendapat serta cadangan tentang cara terbaik untuk menghasilkan kerja yang lebih cekap dan sistematik.
  • Menyediakan perkhidmatan makanan/minuman yang bermutu, bersih dan sedap.
  • Menentukan majlis dihias dengan cantik dan layanan yang baik.
  • Pekerja akan didedahkan dengan teknik baru dengan menghantar mereka mengikuti kursus yang berkaitan dengan bidang tugas.
  • Mengadakan promosi dengan cara mengadakan rumah terbuka.
7.O. ASPEK TEKNIKAL/PERKHIDMATAN

7.1. Lokasi Premis (Seperti dilampiran)

Pada peringkat awal perniagaan ini akan menggunakan premis kediaman sendiri di alamat di No. 64, Taman Sri Ishaq, 36400 Hutan Melintang, Perak. Dengan keluasan 30 KM persegi dan dikeliling dengan taman-taman perumahan dan kampung-kampung. Premis ini terletak di kedudukan berhampiran dengan persimpangan jalan menuju ke arah sebelah selatan menuju ke bandar Sabak Bernam, Negeri Selangor, ke utara pula jalan menuju pekan kecil Sungai Sumun, pekan Selekoh dan pekan Bagan Datoh, manakala ke timur jalan menyusur menghala ke Bandar Teluk Intan. Sepanjang jalan ke pekan dan bandar ini terdapat taman-taman perumahan dan kampung-kampung melayu, yang mana pasti mereka memerlukan perkhidmatan katering untuk jamuan kenduri kahwin. Begitu juga terdapat sekolah-sekolah, agensi pendidikan lain, agensi kerajaan dan swasta yang lain yang akan mendapatkan perkhidmatan makanan minum bagi majlis dan kursus yang dijalankan di tempat mereka. Dengan kemudahan sistem jalanraya yang ada , tidak menjadi masalah bagi perniagaan ini memberikan perkidmatan yang selesa kepada pelanggan.
Lakaran gambaran lokasi premis perniagaan adalah seperti dilampiran.

7.2. Maklumat Premis Perniagaan

Alamat :
Alamat Premis :
Bentuk Binaan : Rumah Kediaman
Keluasan : 1400 ka. Persegi
Pemilik Premis : Sendiri

7.3. Kemudahan Asas

Premis perniagaan memiliki segala kemudahan asas yang sepatutnya seperti bekalan air, elektrik, telefon dan lain-lain kemudahan

7.3.1. Sosial dan Kebudayaan


7.3.2. Pengangkutan

Majoriti penduduk di kawasan Hutan Melintang mempunyai kenderaan persendirian, hanya sebahagian kecil sahaja yang menggunakan kenderaan awam seperti bas dan teksi.

7.3.3.


7.4. Harta Tetap Dan Peralatan Yang dimiliki

Memandangkan perniagaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan oleh pengusaha sejak 5 tahun yang lalu, maka Senang Rasa Katering telah memiliki beberapa aset yang dibeli berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kewangan perniagaan ketika itu. Aset tetap dan kelengkapan perniagaan yang dimiliki adala seperti berikut:


7.5. Harta Tetap Dan Kelengkapan Yang Diperlukan


7.6. Pembelian Bahan Mentah

Bahan mentah untuk perniagaan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu bahan mentah basah dan bahan mentah kering. Bahan mentah basah terdiri dari daging, ikan, ayam dan sayur-sayuran. Bahan mentah basah akan dibeli setelah mendapat tempahan dan sehari sebelum tarikh tempahan. Bahan mentah kering pula terdiri dari barangan seperti beras, minyak, gula, susu dan rempah ratus. Bahan mentah kering dibeli secara pukal kerana ia lebih murah. Dianggarkan kos bahan mentah adalah lebih kurang 50% daripada setiap ringgit jualan. Senarai bahan mentah dan basah untuk kegunaan sebulan adalah seperti berikut.





7.7. Perbelanjaan Operasi.

7.8. Senarai Pembekal Barang Mentah.

Bekalan bahan mentah yang digunakan bagi menyediakan masakan kepada pelanggan akan diperolehi dari beberapa pembekal yang telah dikenalpasti seperti berikut:


7.9. Susunatur Ruang Masak

Susun atur ruang masak telah direka bentuk dengan menarik bagi memboleh dan menyenangkan ruang kelihatan menarik dan mempunya ruang yang luas bagi memberi keselesaan kepada pekerja untuk menjalankan kerja-kerja persiapan makanan. Gambar rajah susunatur ruang memasak dilampirkan.

7.10. CARTA ALIRAN PROSES KERJA



7.11. Anggaran jualan untuk 3 tahun.

Berdasarkan anggaran Perniagaan Senang Rasa Katering boleh mendapat pasaran permintaan perkhidmatan pelanggan adalah seperti berikut:


7.12. Strategi Perkhidmatan

Untuk menentukan perniagaan ini berjalan lancar, perniagaan ini akan melaksanakan strategi berikut:
  1. Menghasilkan yang berkualiti, sedap dan mengikut selera pelanggan.
  2. Memastikan perkhidmatan yang cekap dan penghantaran dapat disiapkan mengkut masa yang ditetapkan.
  3. Mengutamakan kebersihan dan kesihatan pelanggan.
  4. Layanan yang mesra pelanggan, memberikan perkhidmatan yang terbaik.
  5. Perniagaan ini bersedia menerima teguran bagi tujuan memperkemaskan perniagaan dari masa ke semasa.
  6. Pekerja akan dibekalkan dengan pakaian seragam supaya pelanggan terus mengenali perniagaan ini.
  7. Perniagaan ini akan mengadakan promosi makanan percuma dengan memperkenalkan masakan-masakan kegemaran ramai supaya pelanggan dapat menilai sendiri keenakan makanan/minuman yang disediakan.
  8. Perniagaan ini akan menghantar pekerja-pekerja menghadiri kursus yang bersesuaian supaya dapat mempertimbangkan mutu perkhidmatan.
  9. Iklan-iklan yang menarik akan dipamerkan di tempat-tempat yang strategik supaya menarik perhatian pelanggan.
  10. Menentukan makanan/minuman yang disediakan adalah halal.
CARTA ALIRAN PROSES PERKHIDMATAN


7.13. ANGGARAN KOS PERKHIDMATAN/KERJA DIJALANKAN (SEORANG)

Perincian pengiraan anggaran jualan:
Rumah Kediaman:
Kenduri tahlil,doa selamat dan sebagainya,
10 kenduri/bulan X 100 orang X RM 10.00 = RM10,000.00
Tempahan Pejabat:
Katering untuk mesyuarat,
20 kali/bulan X 40 0rang X RM 4.50 = RM 3,600.00
Katering untuk kursus:
3 kali/bulan X 50 orang X RM 16.00 = RM 2,400.00
Katering untuk jamuan makan,
5 jamuan/bulan X 40 orang X RM 10.00 = RM 2,000.00
JUMLAH : RM 10,000 + RM3,600 + RM 2,400 + RM 2,000 = RM 18,000

8.0. PEMASARAN
8.1. Perkhidmatan dan Harga yang ditawarkan

Memandangkan perniagaan ini lebih diokuskan khursus untuk anika jenis jamuan dan pelbagai jenis majlis, maka senarai harga adalah dibuat secara pakej. Pelanggan akan diberikan pelbagai pakej dan menu, pilihan menudisertakan sekali. Sungguhpun begitu kesemua pakej yang disediakan dijangkan akan terus menjadi tarikan langgan dan harganya juga berpatutan. Keseua pakej adalah seperti berikut

PROFILE MENU
8.1.1. Menu dan sebutharga minum pagi.
Mee, Bihun, kuew tieow goring
Nasi lemak
Lontong
Nasi Dagang
Laksa
Roti Jala
Pelbagai kuih muih mengikut pilihan
Minuman Panas – Kopi & Teh O atau Kopi & Teh susu
Harga mengikut pilihan menu : RM 4.50

8.1.2. Menu dan sebut harga makan tengahari/Malam
Nasi Putih, Nasi Minyak, Nasi Brayani dan Nasi Tomato
Ikan Masak Kari, Ikan Lemak Cili Api, Ikan Taucu dll
Daging Masak Kari, Rendang, Kurma dll
Ayam Masak Kari, Rendang, Masak Merah dll
Udang Masak Kari, Sambal, Masak Lemak, Masak
Merah dll
Sotong Masak Kari, Masak Lemak dll
Pelbagai Sup
Pelbagai Tom Yam
Ikan, Daging, Ayam, Udang dan
Sotong Goreng Biasa/Tepung
Sayur Masak Lemak Biasa/Ikan Masin,Tumis, Campur
dll
Kerabu dan Ulaman
Sambal dan Acar
Buah-buahan
Minuman Sejuk Pelbagai Perisa
Harga mengikut pilihan Menu : RM 8.00

8.1.3. Menu dan Sebutharga Minum Petang
Mee kari, Mee Rebus, Mee Sup dll
Bihun Sup, Bihun Kari, Bihun Goreng dll
Keow Teow Goreng dll
Laksa
Soto
Kuih Muih
Minuman Panas/Sejuk
Harga mengikut pilihan Menu : RM 3.50

8.2. Kumpulan Sasaran

Perniagaan ini merancang mensasarkan perkhidmatannya kepada keseluruhan penduduk yang ada di tempat-tempat seperti berikut kepada semua peringkat umur dan Kakitangan Kerajaan, Swasta, Kilang dan Sekolah yang berpendapatan diantara RM 700.00 hingga RM 5000.00, juga permintaan dari pelajar. Keseluruhan permintaan terdiri dari kaum Melayu terdapat juga permintaan dari kaum India dan Cina

8.3. Kawasan Pasaran
  • Kawasan sekitar Pekan Hutan Melintang
  • Kawasan sekitar Pekan Bagan Datoh
  • Kawasan sekitar Pekan Selekoh
  • Kawasan sekitar Bandar Teluk Intan
  • Kawasan sekitar Bandar Sabak Bernam
  • Kampung Sungai Keli
  • Kampung Teluk Buluh
  • Kampung Sungai Samak
  • Kampung Sungai Ipil
  • Kampung Baru
  • Kampung Sungai Dulang
  • Kampung Tanah Lalang
  • Kampong Tanjung Bayan
  • Kampung Bagan Pasir
  • Kampung Sungai Tiang Baruh
  • Kampung Sungai Tiang Darat
  • Kampung Sungai Nipah Baruh
  • Kampung Sungai Nipah Darat
  • Kampung Rungkup
  • Kampung Sungai Ular
  • Kampung Parit 25
  • Kampung Parit 23
  • Kampung Parit 21
  • Kampung Parit 19
  • Kampung Parit 17
  • Kampung Parit 15
  • Kampong Parit 13
  • Kampung Parit 11
  • Kampung Parit 9
  • Kampung Parit 7
  • Kampung Parit 5
  • Kampung Parit 3
  • Kampung Parit 1
  • Taman Perumahan Awam 1
  • Taman Perumahan Awam 2
  • Taman Perumahan Awam 3
  • Taman Perumahan Awam Sungai Sumun
  • Taman Perumahan Awam Bagan Datoh
  • Taman Seri Ishaq
  • Taman Zulaikha
  • Taman Seri Melintang 1
  • Taman Seri Melintang 2
  • Taman Seri Intan 1
  • Taman Seri Intan 2
  • Taman Kayangan
  • Taman Cenderawasih
  • Taman Seri Perak
  • Taman Mewah
  • Taman Melintang
  • Taman Bernam
  • Taman Desa Bernam
  • Taman Desa Bakti
  • Taman Wawasan
  • Taman Cemerlang
  • Taman Metah
  • Taman Intan
  • Taman Orkid
  • Taman Ikan Mas
8.4. Saiz Pasaran

Saiz pasaran boleh dikira dari potensi jualan yang boleh diperoleh dari tempahan katering oleh penduduk tempatan dan pejabat:
Tempahan Penduduk
Jumlah Penduduk: 60,000
Bilangan rumah : 60,000/5 (diandaikan sebuah rumah 5 orang penghuni) = 12,000 buah rumah
Diandaikan 10% daripada penghuni rumah tersebut akan menggunakan perkhidmatn katering sekurang-kurangnya sekali setahun dengan jumlah tempahan untuk 100 orang pada harga RM 10.00/orang,maka jumlah pasaran: 10% x 12,000 x 100 orang x RM10.00
                         = RM120,000,00.00/tahun
                         = RM10,000.00/bulan

Tempahan dari pejabat-pejabat
Purata bilangan pejabat dianggarkan 5 buah. Seandainya dalam sebulan terdapat 15 hari tempahan untuk sekurang-kurannya 30 orang pada harga RM10.00, maka jumlah jualan ialah:
5 pejabat x 15 hari/bulan x 30 orang/tempahan x RM10.00/orang = RM22,500
Jumlah Saiz Pasaran = RM100,000 + RM22,500
                                = RM122,250/bulan.

8.5. Pesaing



8.6. Analisis Kekuatan dan Kelemahan Pesaing


8.7. Saiz /Syer Pasaran

Setelah mengambil kira kekuatan dan kelemahan pesaing, maka dianggarkan pecahan syer pasaran antara pesaing dan Senang Rasa Katering adalah seperti berikut:


8.8. Anggaran Jualan

Sungguhpun perniagaan baru menceburkn diri dalam bidang ini,perniagaan mengandaikan dapat menguasai syer pasaran dalam 15%daripada saiz pasaran dan ini mengambilkira factor yang boleh mempengaruhi permintaan perkhidmatan seperti kesedaran pelanggan dan musim perayaan, ramalan jualan Senang rasa Katering adalah seperti berikut:


8.9. STRATEGI PEMASARAN

Pasaran yang baik dan sistematik adalah factor amat penting untuk memajukan perniagaan bagi mendapatkan pulangan modal dan keuntungan yang tinggi dan kestabilan yang berpanjangan dan berdaya
saing.

8.9.1: Strategi Perkhidmatan

Perkhidmatan strategi berikut dapat memajukan lagi perniagaan katering ini.
  • Sentiasa menyediakan masakan yang enak, sedap dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.
  • Mengutamakan kebersihan dapur dan kawasan memasak bagi menghasilkan produk yang berkualiti.
  • Memastikan tempahan dapat disiapkan mengikut perjanjian masa yang ditetapkan oleh pelanggan.
  • Sentiasa menunjukkan imej yang baik ketika berurusan dengan pelanggan.
8.9.2 .Strategi Promosi

Perniagaan ini akan menyediakan kad perniagaan dan risalah untuk diedarkan kepada penduduk kawasan
perumahan, pejabat kerajaan, sektor swasta dan sekolah bagi mempromosikan perniagaan ini.

8.9.3. Strategi Harga

Perancangan perlu dibuat bagi menarik hatii pelanggan untuk melanggan dengan perniagaan ini, dengan faktor yang harga yang berpatutan dan menarik mengikut jenis makanan dan menu yang diminta. Memandangkan perniagaan ini dalam perancangan dan belum beroperasi lagi, perniagaan ini akan menawarkan harga yang rendah dan menarik diri pesaing-pesaing untuk memikat hati pelanggan. Perniagaan ini akan mengambil deposit 20% bagi tempahan seminggu sebelum tarikh pesanan dan baki dibayar seminggu selepas pesanan dibuat

8.9.4. Strategi Lokasi

Perniagaan ini terletak d kawasan perumahan dan penempatan yang berpusat dikelilingi taman-taman perumahan yang sedia ada mahupun sedang membangun, kampung-kampung tradisi yang sedia ada dan pekan-pekan serta bandar-bandar yang sedang membangun.

8.9.5. Perhubungan Pelanggan

Memandangkan lokasi perniagaan ini terletak di tengah antara kawasan-kawasan permintaan tadi maka tidak timbul masalah perhubungan kerana kawasan penempatan tersebut dan bandar sekitar dapat dihubungi dengan jalanraya yang ada untuk mendapatkan perkhidmatan dan penghantaran.

9.0. ASPEK KEWANGAN
9.1. Kos Pelabur ProjekBagi menjayakan rancangan perniagaan ini, kos dianggarkan RM 20000.00 berdasar kepada perancangan.



9.2. Kewangan Perbelanjaan

Perbelanjaan belian barangan dilakukan setiap bulan mengikut permintaan kerana ini akan menjimatkan .


9.2. Anggaran Aliran Wang Tunai.

Anggaran Penyata Aliran Tunai seperti jadual yang dikepilkan menunjukkan untung rugi dan berlaku peningkatan 10% di tahun kedua dan ketiga. Operasi meningkat mengikut bulan.

9.3. Anggaran Penyata Pendapatan Kewangan.

Anggaran Penyata Pendapatan Kewangan disediakan selama 3 tahun seperti di lampirkan.

9.4. Anggaran Kunci Kira-Kira.

Aset Tetap mulai susutnilai bagi tahun Pertama, Kedua dan Ketiga.

10.0. JUSTIFIKASI DAN PENUTUP

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia akan terus mengadakan majlis-majlis jamuan seperti majlis perkahwinan dan anika jamuan. Dengan kesibukan tugasan harian, maka mereka mengambil jalan pintas menggunakan khidmat katering supaya majlis yang diatur akan berjalan lancar. Dengan ertikata lain mereka tidak terbabit secara langsung untuk menjalankan kerja-kerja penyusunan dan hal ehwal mengurus makanan
dan minuman kepada jemputan. Semua urusan ini akan diserahkan kepada pihak perkhidmatan katering.

Berdasar kepada kajian semasa, majoriti pelanggan menggunakan khidmat katering bagi membekalkan dan menguruskan semua kerja-kerja berkaitan. Oleh itu sudah sampai masanya perniagaan ini mengorak langkah dengan lebih berdaya maju dan menyahut cabaran yang diberikan. Faktor-faktor tersebut jelas memberikan keyakinan yang tinggi menjurus kepada peluang pulangan keuntungan yang lumayan jika pengurusan dijalankan dengan lebih sistematik.

Diharap perniagaan ini akan berpeluang untuk turut sama-sama menjadi sebahagian daripada usahawan yang berjaya di negara ini.

RINGKASAN EKSEKUTIF

Senang Rasa Katering adalah merupakan sebuah perniagaan bumiputera milik tunggal yang baru ditubuhkan dimana bidang yang diceburi adalah membekal makanan dan minuman memasak kepada pelanggan khursusnya kepada majlis-majlis perkahwinan. Sungguhpun begitu perniagaan ini juga bersedia untuk menerima apa sahaja tempahan daripada pelanggan untuk majlis-majlis lain. Sebagai perniagaan baru yang ingin menceburi didalam bidang perniagaan ini, maka sudah tentu terdapat pelbagai menyahut seruan kerajaan yang ingin melihat usahawan bumiputera maju didalam bidang perniagaan, perniagaan ini akan membuat apa sahaja demi mencapai cita-cita tersebut. Dengan modal pusingan sebanyak RM 20,000.00, perniagaan ini bercadang untuk menjalankan perniagaan ini tanpa membuat pinjaman dari mana-mana pihak pun. Jesteru itu kebanyakan pekerja yang diambil untuk bekerja dengan perniagaan ini terdiri dari kaum keluarga.

Walaupun mungkin perjalanan agak jauh lagi untuk sampai kedestinasinya, saya percaya dengan kesungguhan dan keyakinan yang ada pada diri saya dan keluarga, akan dapat mencapai cita-cita yang kehendaki ini.



Business Model