Section 1.0 EXECUTIVE SUMMARY
RINGKASAN EKSEKUTIF
Tujuan
kertas kerja ini disediakan adalah sebagai dokumen rujukan dan bimbingan bagi
permohonan pembiayaan modal kerja bagi Projek Pembangunan Mobile Apps Car Service Management System (CS2MS) oleh syarikat
kami iaitu LaTeja Service & Solution iaitu anak syarikat LaTeja Sdn Bhd.
Pembiayaan
perniagaan yang diperlukan adalah sebanyak RM 500, 000.00 bagi membiayai kos
modal kerja bagi pembangunan sistem, perkakasan, perisian dan juga expertise serta kos-kos lain yang
terlibat.
LaTeja Service & Solution ditubuhkan pada 1hb Jan 2011.
Syarikat ini pada awalnya terlibat dalam bidang penyedia perkhidmatan perunding
. Kini kami telah meluaskan lagi skop perniagaan kami di dalam bidang
pembangunan sistem aplikasi penyelesaian perkhidmatan pelanggaan. Syarikat kami diterajui oleh 5 individu yang mempunyai latarbelakang bidang pengurusan
perkhidmatan dan teknologi maklumat.
Idea timbulnya untuk membuat perisian CS2MS yang berasaskan teknologi aplikasi mobile (Mobile Applications) adalah disebabkan oleh factor gaya hidup dan
trend terkini masyarakat umum seluruh dunia dan juga Pembangunan arus
teknologi mudah alih (mobile) yang semakin canggih dan pintar.
Kebanyakan pusat-pusat servis kenderaan tidak mempunyai
sistem Pengurusan servis berkomputer. Walaupun syarikat-syarikat servis besar
seperti Honda, Proton, Toyota dan sebagainya telah mempunyai sistem
penyelenggaraan dan servis kenderaan yang amat baik,
sistem ini perlu dinaiktaraf dengan penambahan teknologi aplikasi mobile
dalam pengurusan perkhidmatan kepada pelanggan. Pelanggan merupakan aset
penting yang perlu dijaga. Kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan
amat penting kerana itulah lubuk wang di dalam perniagaan.
Di antara maklumat-maklumat perkhidmatan
yang member nilai tambah (value added)
diberikan kepada pelanggan
termasuklah kemudahan Appointment Booking, Car Service
History, GPS Based Application, Promotion
and Query untuk kenderaan mereka melalui telefon pintar
(smartphone).
Seperti yang telah dinyatakan CS2MS
berupaya menarik lebih ramai pelanggan pusat servis. Dengan pembiayaan ini
dapat memastikan pusat-pusat servis meningkatkan prestasi dan effisiensi
perkhidmatan pelanggan dengan cepat dan
cekap. LaTeja Service & Solution yakin
dapat menunaikan pembayaran balik pembiayaan ini kerana pertumbuhan teknologi
mobile semasa yang begitu baik dan pakej serta skim yang ditawarkan adalah
berpatutan selain tiada pesaingan di dalam perkhidmatan penyelesaian seperti
ini di pasaran sekarang.
Apakah Objektif
kami?
Kami sangat
optimis untuk menjadi pembekal Korporat bagi aplikasi
penyelesaian Pengurusan perkhidmatan pelanggan di Malaysia. Selain itu kami
akan membekalkan perisian ini kepada 90% pelanggan kami iaitu pusat-pusat servis kereta bertauliah dan berdaftar di
seluruh Malaysia dan seterusnya ke seluruh dunia.
Misi
Misi kami adalah menyediakan satu platform penyelesaian
pengurusan perkhidmatan pelanggan tanpa sempadan dengan melangkah ke hadapan sebagai satu agensi
yang menyediakan perisian perkhidmatan yang efisen.
Matlamat
Matlamat kami adalah untuk
meningkatkan layanan servis kenderan dan waktu memproses kerja-kerja
pentadbiran dengan lebih pantas. Ia merupakan satu elemen kritikal
berdasarkan pengalaman pelanggan. Dengan itu kami membantu pusat-pusat servis meningkatkan prestasi
pengurusan servis dan penumpuan yang
lebih dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka. Selain
itu, disamping memenuhi keperluan dan kepuasan kepada pelanggan, harapan kami
adalah agar pengguna mendapat pulangan yang lebih baik dari masa ke semasa.
Cadangan
Sistem
ini akan digunakan oleh kakitangan di pusat servis bagi menguruskan perkhidmatan Khidmat pelanggan yang lebih
baik dan mesra serta efisen kepada pelanggan. Ia dapat memberikan kemudahan
kepada kedua-dua pihak iaitu pusat servis dan pelanggan.
Section
2.0 PRODUCT AND SERVICE DESCRIPTION
KETERANGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Pada keseluruhan skop
sistem ini merangkumi modul :
1. Registration
Online Module
•
Vehicle registration
•
Customer login
2. Search
Module
•
Vehicle search
•
GPS Based Application
3. Maintenance
Module
•
Preventive Maintenance
schedule
•
Customer Appointment
4. Vehicle
Service Alert Module
•
Customer Appointment
Alert
•
Customer Queue Alert
•
Customer End Service Alert
•
Promotion/Tips/News Alert
5. Service
History Module
•
Client
•
Customer
6. Vehicle
Service Report Module
7. Vehicle
Analysis Module
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Di antara perkhidmatan yang disediakan dan
dibangunkan dengan teknologi mobile apps kepada Pusat Servis (Pengguna/Client)
oleh CS2MS adalah seperti berikut:
- Register vehicle info
- Search vehicle info
- Manage preventive maintenance
- Check customer appointment
- Manage end service alert
- Manage promotion/Tips/New Alert
- View service history
- Do analysis & Generate report
Di antara perkhidmatan yang disediakan dan
dibangunkan dengan teknologi mobile apps kepada Pusat Pemilik Kenderaan (Pelanggan/Customer)
oleh CS2MS adalah seperti berikut:
- Register Online through Smartphone
- Search service center branches using GPS Based Application.
- Make appointment through Smartphone
- View maintenance service schedule
- Receive Alert message/reminder
- View service history
KELEBIHAN PRODUK :
Apa yang menarik dengan
teknologi ini adalah pelanggan boleh memasang (install) perisian mobile apps di
dalam smartphone yang sentiasa berada di sisi mereka. Pelanggan juga boleh mengakses bagi tujuan temujanji pada bila-bila
masa dan di mana sahaja. Selain itu,
terdapat pakej-pakej
perisian yang berbeza bergantung kepada keperluan pengguna. (Akan diterangkan
lagi di dalam strategi pemasaran.
KEUNIKAN PRODUK :
Aplikasi boleh dicapai secara percuma menggunakan
smartphone secara dua hala atas talian. Berdasarkan kajian, tiada produk
perisian yang menggunakan Teknologi ini wujud di dalam pasaran perkhidmatan
servis pelanggan. Tawaran yang menarik dan istimewa iaitu 3 skim milikan kepada
pengguna. CS2MS terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Web Application/Client Part dan Mobile Apps/Customer Part yang mana perisian mobile
apps mempunyai pelbagai fungsi dan unik.
Section 3.0 TECHNOLOGY DESCRIPTION
PENERANGAN TEKNOLOGI
Teknologi
mobile Apps kini semakin mendapat perhatian para pelanggan terutama syarikat-syarikat
perisian aplikasi yang menawarkan perkhidmatan pelanggan maupun pengeluaran
produk. Teknologi ini menjadi satu trend kepada para pengguna smartphone yang
mahukan maklumat diakses dengan cepat, mudah dan murah. Selain harga telefon
pintar yang berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat dengan
pelbagai jenis pelan data yang
ditawarkan oleh syarikat Telco tawaran, pelanggan telah memilih teknologi ini
sebagai medium untuk mendapatkan sumber info.
Di antara ciri-ciri utama dan fungsi Mobile OS. (Rajah
1)
Cadangan senibina CS2MS (Rajah 2)
Section
4.0 MARKET AND COMPETITION
PASARAN DAN
PERSAINGAN
ANALISA PASARAN:
Berdasarkan tinjauan dan analisa yang
dibuat oleh J.D.Power Asia Pasific bagi Penarafan Index Perkhidmatan Pelanggan
di Malaysia (2011 Malaysia Customer Service Index (CSI)SM bagi tahun
2011 didapati pusat-pusat servis yang bertauliah seperti Honda, Toyota dan
Nissan telah memberikan tahap kepuasan yang tertinggi daripada pelanggan.
Dengan adanya aplikasi CS2MS ini dijangka dapat meningkatkan lagi tahap kepuasan
pelanggan bagipusat-pusat servis ini.
Maklumat Hasil Kajian Pelanggan Pusat
Servis ( Rajah 3)
Faktor Penentuan Kepuasan (Rajah 4)
Berdasarkan
maklumat lain daripada J.D.Power Asia Pasific, 14 % factor Penentu Kepuasan Pelanggan
adalah daripada Fasiliti Servis yang disediakan olehpusat-pusat servis.
Malah dari segi populariti penggunaan
perkhidmatan rangkaian komunikasi yang dikeluarkan oleh Malaysia Communications
and Multimedia Commission (MCMC), lebih 30 juta perkhidmatan mobile dilanggan daripada
28 juta penduduk di Malaysia. Jumlah ini menunjukkan bahawa betapa besar potensi
untuk
kami mengeluarkan produk yang sememangnya menjadi pilihan para pelanggan pada masa
kini dan juga di masa hadapan.
Section 5.0 BUSINESS MODEL
MODEL PERNIAGAAN
CETUSAN
IDEA DARIPADA PERMASALAHAN
Sebelum ini kebanyakan pusat-pusat servis kenderaan hanya
mempunyai sistem pengurusan servis berkomputer. Walaupun syarikat-syarikat
servis besar seperti Honda, Proton, Toyota dan sebagainya telah mempunyai
sistem penyelenggaraan kenderaan yang amat baik, tetapi sistem ini tidak
mempunyai fungsi untuk menguruskan perkhidmatan pelanggan mereka.
Tiada medium interaksi di antara pihak pelanggan dengan
pihak pusat service bagi tujuan temujanji, makluman status ataupun sejarah
servis kenderaan pelanggan. Pelanggan perlu menghubungi pusat service melalui telefon bimbit untuk
mendapatkan tarikh temujanji dan status kekosongan jadual servis. Ramai juga
yang datang terus ke pusat servis untuk membuat temujajanji. Pelanggan juga
sering meminta kenderaan mereka diservis terus tanpa membuat temujajanji tetapi
gagal mendapatkan perkhidmatan tersebut kerana jadual operasi pusat servis
telah penuh.
Pelanggan perlu mengeluarkan kos untuk bil telefon dan
minyak kereta. Kegagalan untuk mendapatkan servis pada masa pelanggan datang
terus tanpa temujanji menyebabkan perasaan tidak puas hati. Kesan daripada
boleh memberi impak penurunan prestasi perkhidmatan pelanggan pusat servis.
Bagi pengguna yang berada di luar kawasan pula sukar datang ke pusat service hanya
semata-mata untuk tujuan membuat temujanji.
PELUANG
PASARAN SEMASA
Berdasarkan
kajian dan analisa yang telah dijalankan tiada lagi sistem servis kenderaan
yang dibangunkan bersama dengan teknologi aplikasi mudahalih atau mobile. Kebanyakan
pusat servis hanya memberikan maklumat umum kepada pelanggan melalui web
berkaitan dengan info syarikat dan masa operasi perniagaan mereka serta
kamudahan yang disediakan sahaja. Maklumat yang diperolehi oleh pelanggan
adalah satu hala sahaja. Dengan CS2MS pelanggan boleh mendapatkan maklumat atau
infomasi terkini secara dua hala menggunakan Smartphone
mereka dengan cepat.
Pembangunan
sistem berasaskan teknologi web dan aplikasi mobile kini semakin mendapat
perhatian ramai. Sebanyak 25 % anggaran peningkatan dalam pasaran mudah alih global
bagi tahun 2012. 24% pula peningkatan
aktiviti muat turun aplikasi mobile dibuat
pada tahun 2011. Dijangka akan lebih hebat pada tahun 2012 dan tahun yang
seterusnya. Manakala 74% masa penggunaan telefon dihabiskan dan dibelanjakan
untuk aplikasi mobile oleh purata
pengguna Smartphone secara global, setiap bulan.
Pelanggan kini semakin ghairah untuk mendapatkan maklumat
secara online. Cara yang paling cepat dan mudah adalah maklumat yang boleh
diperolehi daripada telefon bimbit mereka. Pelanggan boleh memasang (install)
perisian ini ke dalam smart phone
mereka secara percuma. Pelangggan juga boleh di aksesnya pada bila-bila masa dan di mana
sahaja. Pakej perisian
yang akan dipasarkan adalah berbeza bergantung kepada keperluan pengguna. (Akan
diterangkan lagi di dalam strategi pemasaran)
Dengan teknologi mobile apps ini dijangka dapat
meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan bagi pusat servis. Untuk mendapatkan
pulangan pelaburan (Return Of Invesment) sasaran peningkatan jumlah pelanggan
boleh ditambah dengan adanya sistem CS2MS digunakan secara meluas.
Kerjasama
dengan rakankongsi yang berpengalaman di dalam bidang Mobile Apps - Clarion
Technologies akan meningkatkan lagi peluang untuk berjaya berdasarkan mobile
apps best practices development termasuk di dalam kajian pemasaran, model
pendapatan, mobile OS, model pembangunan Mobile
Apps dan seterusnya strategi pemasaran.
STRATEGI PASARAN
- 1. Pusat-pusat Servis Kenderaan yang bertauliah:
Sasaran utama adalah pusat servis bertauliah
yang mempunyai banyak cawangan. Setelah dikenalpasti pusat-pusat servis seperti
BMW, Honda, Toyota, Perodua, EON dan banyak lagi telah mempunyai sistem
Pengurusan
Penyelenggaraan dan Servis Kenderaan berkomputer. Bagaimanapun tiada modul
khusus yang digunakan untuk menguruskan perkhidmatan pelanggan mereka secara
dua hala menggunakan teknologi mobile apps. Kami akan menawarkan pakej asas
kepada mereka dengan mengintegrasikan sistem sedia ada dengan CS2MS.
Pakej
tersebut adalah CS2MS v1 :
1. Registration Online Module :
Customer login
2. Search Module :
GPS Based
Application
3. Maintenance Module :
Customer Appointment
4. Vehicle Service Alert Module :
Customer
Appointment Alert
Customer
Queue Alert
Customer End
Service Alert
Promotion/Tips/News Alert
2. Pusat-pusat services lain:
Sasaran
kedua adalah pusat-pusat servis yang mempunyai pelanggan yang ramai dan mempunyai beberapa cawangan
sahaja. Selain itu bagi pusat servis lain yang mengkhusus kepada perkakasan
tertentu seperti pusat servis tayar, pusat servis eksos, pusat baikpulih kereta
dan yang lain-lain juga amat sesuai menggunakan CS2MS ini. Kami juga mensasarkan kepada pusat-pusat servis yang mempunyai bilangan
pelanggan yang ramai.
Kami
akan menawarkan pakej khas dengan mengenalpasti keperluan mereka dengan CS2MS.
Pakej tersebut adalah CS2MS v2:
1. Registration Online Module:
Vehicle registration
Customer login
2. Search Module:
Vehicle search
GPS Based
Application
3. Maintenance Module:
Preventive Maintenance schedule
Customer Appointment
4. Vehicle Service Alert Module:
Customer
Appointment Alert
Customer
Queue Alert
Customer End
Service Alert
Promotion/Tips/News Alert
5. Service History Module:
Client
Customer
6. Vehicle Service Report Module
7. Vehicle Analysis Module
STRATEGI
JUALAN
Pihak kami
menawarkan 3 jenis model perniagaan seperti berikut:-
A. SKIM SEWA
Pelaburan Permulaan:
Sasaran
pelaburan permulaan adalah pada kadar sifar. Keperluan perkakasan server dan
sistem akan disediakan dan diurus-tadbir sepenuhnya oleh pihak LaTeja Service
& Solution Sdn Bhd (tidak termasuk kos akses internet). Pengguna perlu
membayar sebanyak RM50,00.00 yuran perkhidmatan bulanan kepada kami yang
merangkumi kos:
1.
Yuran perkhidmatan bulanan
2.
Kos penyelenggaraan perkakasan
Kos
pemasangan (installation) akan dikenakan sekali sahaja bergantung dengan pakej
perisian.
Di
dalam skim ini, pihak kami akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara
berikut:-
1.
Pengurusan operasi sistem CS2MS (aplikasi sistem).
2.
Bantuan khidmat teknikal melalui Pusat Khidmat Pelanggan.
3.
Latihan pengguna kepada pengguna-pengguna sistem.
B.
SKIM MILIKAN B
Pelaburan
Permulaan:
Sasaran
pelaburan permulaan adalah pada kadar yang sangat minima. Keperluan pelaburan
permulaan hanyalah RM100,00.00 – RM 150,000.00 melibatkan pembekalan perisian dan
konfigurasi server sistem sedia ada termasuk kos integrasi (tidak termasuk kos
akses internet).
Di
dalam skim ini, pihak kami akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara
berikut:-
1.
Pengurusan operasi sistem CS2MS (aplikasi sistem).
2.
Bantuan khidmat teknikal melalui Pusat Khidmat Pelanggan.
3.
Latihan pengguna kepada pengguna-pengguna sistem.
C.
SKIM MILIKAN C
Pelaburan
Permulaan:
Keperluan
pelaburan permulaan adalah RM 250,000.00 melibatkan pembekalan perisian dan
perkakasan serta konfigurasi server
CS2MS (Tidak termasuk kos akses internet).
Di
dalam skim ini, pihak kami akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara
berikut:-
1.
Pengurusan operasi sistem CS2MS (aplikasi sistem).
2.
Bantuan khidmat teknikal melalui Pusat Khidmat Pelanggan.
3.
Latihan pengguna kepada pengguna-pengguna sistem.
RUMUSAN
Berdasarkan
analisa (SWOT) yang telah dijalankan, kami telah mengenalpasti kekuatan, antara
cabaran dan halangan yang perlu dihadapi. Di antara rumusan diperolehi adalah:
1.
Kekuatan
a.
LaTeja Services & Solution Sdn Bhd hanya memfokuskan kepada penyediaan
perkhidmatan servis kepada pusat-pusat servis kenderaan terutama di Malaysia.
b.
Aplikasi CS2MS memberi kemudahan kepada pelanggan pengguna kami secara dua hala
dan real time.
c.
Tawaran harga adalah berpatutan dengan pelbagai pilihan pakej dan skim yang
dicadangkan kepada pengguna.
d. CS2MS
didatangkan dalam pakej Web Application dan Mobile Application
e. CS2MS
dibangunkan dengan ciri-ciri interoperability iaitu mudah diintegrasikan dengan
sistem yang lain.
2. Kelemahan
a.
Hanya pelanggan yang mempunyai smartphone sahaja boleh mengakses sistem CS2MS
Mobile Apps.
3.
Peluang
a. Tiada
lagi sistem servis kenderaan yang dibangunkan bersama dengan teknologi aplikasi
mudahalih atau mobile.
b.
CS2MS mampu meningkatkan pestasi perkhidmatan pelanggan dan seterusnya boleh
menyumbangkan pulangan pelaburan yang baik kepada pusat servis.
c.
Ciri-ciri expandability dan maintability pada sistem membolehkan ia diubah
mengikut keperluan semasa dan tidak terhad kepada pengurusan pusat servis
kereta sahaja. Contohnya pusat-pusat servis lain yang memerlukan sistem
pengurusanperkhidmatan pelanggan yang mempunyai fungsi yang sama.
4.
Cabaran dan Halangan
a.
Kesediaan pusat-pusat servis untuk menerima teknologi baru yang akan
diintegrasikan dengan sistem sedia ada.
b.
Kekangan kepada pusat-pusat servis biasa yang tiada fasiliti rangkaian dan
kekurangan bajet.