Business Idea Competition


Section 1.0 EXECUTIVE SUMMARY


RINGKASAN EKSEKUTIF

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah sebagai dokumen rujukan dan bimbingan bagi permohonan pembiayaan modal kerja bagi Projek Pembangunan Mobile Apps Car Service Management System (CS2MS) oleh syarikat kami iaitu LaTeja Service & Solution iaitu anak syarikat LaTeja Sdn Bhd.

Pembiayaan perniagaan yang diperlukan adalah sebanyak RM 500, 000.00 bagi membiayai kos modal kerja bagi pembangunan sistem, perkakasan, perisian dan juga expertise serta kos-kos lain yang terlibat.

LaTeja Service & Solution ditubuhkan pada 1hb Jan 2011. Syarikat ini pada awalnya terlibat dalam bidang penyedia perkhidmatan perunding . Kini kami telah meluaskan lagi skop perniagaan kami di dalam bidang pembangunan sistem aplikasi penyelesaian perkhidmatan pelanggaan.  Syarikat kami diterajui oleh 5 individu yang mempunyai latarbelakang bidang pengurusan perkhidmatan dan teknologi maklumat.

Idea timbulnya untuk membuat perisian CS2MS yang berasaskan teknologi aplikasi mobile (Mobile Applications) adalah disebabkan oleh factor gaya hidup dan trend terkini masyarakat umum seluruh dunia dan juga Pembangunan arus teknologi  mudah alih (mobile) yang semakin canggih dan pintar.

Kebanyakan pusat-pusat servis kenderaan tidak mempunyai sistem Pengurusan servis berkomputer. Walaupun syarikat-syarikat servis besar seperti Honda, Proton, Toyota dan sebagainya telah mempunyai sistem penyelenggaraan dan servis kenderaan yang amat baik,  sistem ini perlu dinaiktaraf dengan penambahan teknologi aplikasi mobile dalam pengurusan perkhidmatan kepada pelanggan. Pelanggan merupakan aset penting yang perlu dijaga. Kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan amat penting kerana itulah lubuk wang di dalam perniagaan.

Di antara maklumat-maklumat perkhidmatan yang member nilai tambah (value added) diberikan kepada pelanggan termasuklah kemudahan Appointment Booking, Car Service History, GPS Based  Application, Promotion and Query untuk kenderaan mereka melalui telefon pintar (smartphone).

Seperti yang telah dinyatakan CS2MS berupaya menarik lebih ramai pelanggan pusat servis. Dengan pembiayaan ini dapat memastikan pusat-pusat servis meningkatkan prestasi dan effisiensi perkhidmatan pelanggan  dengan cepat dan cekap. LaTeja Service & Solution  yakin dapat menunaikan pembayaran balik pembiayaan ini kerana pertumbuhan teknologi mobile semasa yang begitu baik dan pakej serta skim yang ditawarkan adalah berpatutan selain tiada pesaingan di dalam perkhidmatan penyelesaian seperti ini di pasaran sekarang.

Apakah Objektif kami?

Kami sangat optimis untuk menjadi pembekal Korporat bagi aplikasi penyelesaian Pengurusan perkhidmatan pelanggan di Malaysia. Selain itu kami akan membekalkan perisian ini kepada 90% pelanggan kami iaitu pusat-pusat  servis kereta bertauliah dan berdaftar di seluruh Malaysia dan seterusnya ke seluruh dunia.

Misi

Misi kami adalah menyediakan satu platform penyelesaian pengurusan perkhidmatan pelanggan tanpa sempadan dengan melangkah ke hadapan sebagai satu agensi yang menyediakan perisian perkhidmatan yang efisen.

Matlamat

Matlamat kami adalah untuk meningkatkan layanan servis kenderan dan waktu memproses kerja-kerja pentadbiran dengan lebih pantas. Ia merupakan satu elemen kritikal berdasarkan pengalaman pelanggan. Dengan itu kami membantu pusat-pusat servis meningkatkan prestasi pengurusan servis  dan penumpuan yang lebih dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka. Selain itu, disamping memenuhi keperluan dan kepuasan kepada pelanggan, harapan kami adalah agar pengguna mendapat pulangan yang lebih baik dari masa ke semasa.

Cadangan
Sistem ini akan digunakan oleh kakitangan di pusat servis bagi menguruskan  perkhidmatan Khidmat pelanggan yang lebih baik dan mesra serta efisen kepada pelanggan. Ia dapat memberikan kemudahan kepada kedua-dua pihak iaitu pusat servis dan pelanggan.

Section 2.0 PRODUCT AND SERVICE DESCRIPTION

KETERANGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN


Pada keseluruhan skop sistem ini merangkumi modul :

1.       Registration Online Module
       Vehicle registration
       Customer login
2.       Search Module
       Vehicle search
       GPS Based  Application
3.       Maintenance Module
       Preventive Maintenance schedule
       Customer Appointment
4.       Vehicle Service Alert Module
       Customer  Appointment  Alert
       Customer  Queue Alert
       Customer  End Service Alert
       Promotion/Tips/News Alert
5.       Service History Module
       Client
       Customer
6.       Vehicle Service Report Module
7.       Vehicle Analysis Module


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Di antara perkhidmatan yang disediakan dan dibangunkan dengan teknologi mobile apps kepada Pusat Servis (Pengguna/Client) oleh CS2MS adalah seperti berikut:
  • Register vehicle info
  • Search vehicle info
  • Manage preventive maintenance
  • Check customer appointment
  • Manage end service alert
  • Manage promotion/Tips/New Alert
  • View service history
  • Do analysis & Generate report

Di antara perkhidmatan yang disediakan dan dibangunkan dengan teknologi mobile apps kepada Pusat Pemilik Kenderaan (Pelanggan/Customer) oleh CS2MS adalah seperti berikut:
  • Register Online through Smartphone
  • Search service center branches using GPS Based Application.
  • Make appointment  through Smartphone
  • View maintenance service schedule
  • Receive Alert message/reminder
  • View service history

KELEBIHAN PRODUK :

Apa yang menarik dengan teknologi ini adalah pelanggan boleh memasang (install) perisian mobile apps di dalam smartphone yang sentiasa berada di sisi mereka. Pelanggan juga boleh mengakses bagi tujuan temujanji pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selain itu, terdapat pakej-pakej perisian yang berbeza bergantung kepada keperluan pengguna. (Akan diterangkan lagi di dalam strategi pemasaran.

KEUNIKAN PRODUK :

Aplikasi boleh dicapai secara percuma menggunakan smartphone secara dua hala atas talian. Berdasarkan kajian, tiada produk perisian yang menggunakan Teknologi ini wujud di dalam pasaran perkhidmatan servis pelanggan. Tawaran yang menarik dan istimewa iaitu 3 skim milikan kepada pengguna. CS2MS terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Web Application/Client Part  dan Mobile Apps/Customer Part yang mana perisian mobile apps mempunyai pelbagai fungsi dan unik.

Section 3.0 TECHNOLOGY DESCRIPTION

PENERANGAN TEKNOLOGI
Teknologi mobile Apps kini semakin mendapat perhatian para pelanggan terutama syarikat-syarikat perisian aplikasi yang menawarkan perkhidmatan pelanggan maupun pengeluaran produk. Teknologi ini menjadi satu trend kepada para pengguna smartphone yang mahukan maklumat diakses dengan cepat, mudah dan murah. Selain harga telefon pintar yang berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat dengan pelbagai jenis pelan data  yang ditawarkan oleh syarikat Telco tawaran, pelanggan telah memilih teknologi ini sebagai medium untuk mendapatkan sumber info.
Di antara ciri-ciri utama dan fungsi Mobile OS. (Rajah 1)


Cadangan senibina CS2MS (Rajah 2)


Section 4.0 MARKET AND COMPETITION

PASARAN DAN PERSAINGAN

ANALISA PASARAN:

Berdasarkan tinjauan dan analisa yang dibuat oleh J.D.Power Asia Pasific bagi Penarafan Index Perkhidmatan Pelanggan di Malaysia (2011 Malaysia Customer Service Index (CSI)SM bagi tahun 2011 didapati pusat-pusat servis yang bertauliah seperti Honda, Toyota dan Nissan telah memberikan tahap kepuasan yang tertinggi daripada pelanggan. Dengan adanya aplikasi CS2MS ini dijangka dapat meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan bagipusat-pusat servis ini.

Maklumat Hasil Kajian Pelanggan Pusat Servis ( Rajah 3)

Faktor Penentuan Kepuasan (Rajah 4)

Berdasarkan maklumat lain daripada J.D.Power Asia Pasific, 14 % factor Penentu Kepuasan Pelanggan adalah daripada Fasiliti Servis yang disediakan olehpusat-pusat servis.
Maklumat Hasil Kajian Langanan rangkaian ( Rajah 5)


Malah dari segi populariti penggunaan perkhidmatan rangkaian komunikasi yang dikeluarkan oleh Malaysia Communications and Multimedia Commission (MCMC), lebih 30 juta perkhidmatan mobile dilanggan daripada 28 juta penduduk di Malaysia. Jumlah ini menunjukkan bahawa betapa besar potensi 


untuk kami mengeluarkan produk yang sememangnya menjadi pilihan para pelanggan pada masa kini dan juga di masa hadapan. 

Section 5.0 BUSINESS MODEL

MODEL PERNIAGAAN


CETUSAN IDEA DARIPADA PERMASALAHAN
Sebelum ini kebanyakan pusat-pusat servis kenderaan hanya mempunyai sistem pengurusan servis berkomputer. Walaupun syarikat-syarikat servis besar seperti Honda, Proton, Toyota dan sebagainya telah mempunyai sistem penyelenggaraan kenderaan yang amat baik, tetapi sistem ini tidak mempunyai fungsi untuk menguruskan perkhidmatan pelanggan mereka.
Tiada medium interaksi di antara pihak pelanggan dengan pihak pusat service bagi tujuan temujanji, makluman status ataupun sejarah servis kenderaan pelanggan. Pelanggan perlu menghubungi pusat service melalui telefon bimbit untuk mendapatkan tarikh temujanji dan status kekosongan jadual servis. Ramai juga yang datang terus ke pusat servis untuk membuat temujajanji. Pelanggan juga sering meminta kenderaan mereka diservis terus tanpa membuat temujajanji tetapi gagal mendapatkan perkhidmatan tersebut kerana jadual operasi pusat servis telah penuh.
Pelanggan perlu mengeluarkan kos untuk bil telefon dan minyak kereta. Kegagalan untuk mendapatkan servis pada masa pelanggan datang terus tanpa temujanji menyebabkan perasaan tidak puas hati. Kesan daripada boleh memberi impak penurunan prestasi perkhidmatan pelanggan pusat servis. Bagi pengguna yang berada di luar kawasan pula sukar datang ke pusat service hanya semata-mata untuk tujuan membuat temujanji.

PELUANG PASARAN SEMASA
Berdasarkan kajian dan analisa yang telah dijalankan tiada lagi sistem servis kenderaan yang dibangunkan bersama dengan teknologi aplikasi mudahalih atau mobile. Kebanyakan pusat servis hanya memberikan maklumat umum kepada pelanggan melalui web berkaitan dengan info syarikat dan masa operasi perniagaan mereka serta kamudahan yang disediakan sahaja. Maklumat yang diperolehi oleh pelanggan adalah satu hala sahaja. Dengan CS2MS pelanggan boleh mendapatkan maklumat atau infomasi terkini secara dua hala menggunakan Smartphone mereka dengan cepat.   
Pembangunan sistem berasaskan teknologi web dan aplikasi mobile kini semakin mendapat perhatian ramai. Sebanyak 25 % anggaran peningkatan dalam pasaran mudah alih global bagi tahun 2012. 24% pula peningkatan aktiviti muat turun  aplikasi mobile dibuat pada tahun 2011. Dijangka akan lebih hebat pada tahun 2012 dan tahun yang seterusnya. Manakala 74% masa penggunaan telefon dihabiskan dan dibelanjakan untuk  aplikasi mobile oleh purata pengguna Smartphone secara global, setiap bulan.
Pelanggan kini semakin ghairah untuk mendapatkan maklumat secara online. Cara yang paling cepat dan mudah adalah maklumat yang boleh diperolehi daripada telefon bimbit mereka. Pelanggan boleh memasang (install) perisian ini ke dalam smart phone mereka secara percuma. Pelangggan juga boleh di aksesnya pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pakej perisian yang akan dipasarkan adalah berbeza bergantung kepada keperluan pengguna. (Akan diterangkan lagi di dalam strategi pemasaran)
Dengan teknologi mobile apps ini dijangka dapat meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan bagi pusat servis. Untuk mendapatkan pulangan pelaburan (Return Of Invesment) sasaran peningkatan jumlah pelanggan boleh ditambah dengan adanya sistem CS2MS digunakan secara meluas.
Kerjasama dengan rakankongsi yang berpengalaman di dalam bidang Mobile Apps - Clarion Technologies akan meningkatkan lagi peluang untuk berjaya berdasarkan mobile apps best practices development termasuk di dalam kajian pemasaran, model pendapatan, mobile OS, model pembangunan Mobile  Apps dan seterusnya strategi pemasaran.

STRATEGI PASARAN

-       1. Pusat-pusat Servis Kenderaan yang bertauliah:

Sasaran utama adalah pusat servis bertauliah yang mempunyai banyak cawangan. Setelah dikenalpasti pusat-pusat servis seperti BMW, Honda, Toyota, Perodua, EON dan banyak lagi telah mempunyai sistem 

Pengurusan Penyelenggaraan dan Servis Kenderaan berkomputer. Bagaimanapun tiada modul khusus yang digunakan untuk menguruskan perkhidmatan pelanggan mereka secara dua hala menggunakan teknologi mobile apps. Kami akan menawarkan pakej asas kepada mereka dengan mengintegrasikan sistem sedia ada dengan CS2MS.
Pakej tersebut adalah CS2MS v1 :

1. Registration Online Module :
Customer login

2. Search Module :
GPS Based  Application

3. Maintenance Module :
Customer Appointment

4. Vehicle Service Alert Module :
Customer  Appointment  Alert
Customer  Queue Alert
Customer  End Service Alert
Promotion/Tips/News Alert

2. Pusat-pusat services lain:

Sasaran kedua adalah pusat-pusat servis yang mempunyai pelanggan  yang ramai dan mempunyai beberapa cawangan sahaja. Selain itu bagi pusat servis lain yang mengkhusus kepada perkakasan tertentu seperti pusat servis tayar, pusat servis eksos, pusat baikpulih kereta dan yang lain-lain juga amat sesuai menggunakan CS2MS ini. Kami juga mensasarkan kepada pusat-pusat servis yang mempunyai bilangan pelanggan yang ramai.

Kami akan menawarkan pakej khas dengan mengenalpasti keperluan mereka dengan CS2MS. Pakej tersebut adalah CS2MS v2:

1. Registration Online Module:
Vehicle registration
Customer login

2. Search Module:
Vehicle search
GPS Based  Application

3. Maintenance Module:
Preventive Maintenance schedule
Customer Appointment

4. Vehicle Service Alert Module:
Customer  Appointment  Alert
Customer  Queue Alert
Customer  End Service Alert
Promotion/Tips/News Alert

5. Service History Module:
Client
Customer

6. Vehicle Service Report Module
7. Vehicle Analysis Module

STRATEGI JUALAN
 
Pihak kami menawarkan 3 jenis model perniagaan seperti berikut:-

A. SKIM SEWA

Pelaburan Permulaan:
Sasaran pelaburan permulaan adalah pada kadar sifar. Keperluan perkakasan server dan sistem akan disediakan dan diurus-tadbir sepenuhnya oleh pihak LaTeja Service & Solution Sdn Bhd (tidak termasuk kos akses internet). Pengguna perlu membayar sebanyak RM50,00.00 yuran perkhidmatan bulanan kepada kami yang merangkumi kos:

1. Yuran perkhidmatan bulanan
2. Kos penyelenggaraan perkakasan

Kos pemasangan (installation) akan dikenakan sekali sahaja bergantung dengan pakej perisian.

Di dalam skim ini, pihak kami akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:-

1. Pengurusan operasi sistem CS2MS (aplikasi sistem).
2. Bantuan khidmat teknikal melalui Pusat Khidmat Pelanggan.
3. Latihan pengguna kepada pengguna-pengguna sistem.

B. SKIM MILIKAN B

Pelaburan Permulaan:
Sasaran pelaburan permulaan adalah pada kadar yang sangat minima. Keperluan pelaburan permulaan hanyalah RM100,00.00 – RM 150,000.00 melibatkan pembekalan perisian dan konfigurasi server sistem sedia ada termasuk kos integrasi (tidak termasuk kos akses internet).

Di dalam skim ini, pihak kami akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:-

1. Pengurusan operasi sistem CS2MS (aplikasi sistem).
2. Bantuan khidmat teknikal melalui Pusat Khidmat Pelanggan.
3. Latihan pengguna kepada pengguna-pengguna sistem.

C. SKIM MILIKAN C

Pelaburan Permulaan:
Keperluan pelaburan permulaan adalah RM 250,000.00 melibatkan pembekalan perisian dan perkakasan serta  konfigurasi server CS2MS (Tidak termasuk kos akses internet).

Di dalam skim ini, pihak kami akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:-
1. Pengurusan operasi sistem CS2MS (aplikasi sistem).
2. Bantuan khidmat teknikal melalui Pusat Khidmat Pelanggan.
3. Latihan pengguna kepada pengguna-pengguna sistem.


RUMUSAN

Berdasarkan analisa (SWOT) yang telah dijalankan, kami telah mengenalpasti kekuatan, antara cabaran dan halangan yang perlu dihadapi.  Di antara rumusan diperolehi adalah:
  
1. Kekuatan

a. LaTeja Services & Solution Sdn Bhd hanya memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan servis kepada pusat-pusat servis kenderaan terutama di Malaysia.
b. Aplikasi CS2MS memberi kemudahan kepada pelanggan pengguna kami secara dua hala dan real time.

 
c. Tawaran harga adalah berpatutan dengan pelbagai pilihan pakej dan skim yang dicadangkan kepada pengguna.
d. CS2MS didatangkan dalam pakej Web Application dan Mobile Application
e. CS2MS dibangunkan dengan ciri-ciri interoperability iaitu mudah diintegrasikan dengan sistem yang lain.

2.  Kelemahan

a. Hanya pelanggan yang mempunyai smartphone sahaja boleh mengakses sistem CS2MS Mobile Apps.

3. Peluang

 a. Tiada lagi sistem servis kenderaan yang dibangunkan bersama dengan teknologi aplikasi mudahalih atau mobile.
b. CS2MS mampu meningkatkan pestasi perkhidmatan pelanggan dan seterusnya boleh menyumbangkan pulangan pelaburan yang baik kepada pusat servis.
c. Ciri-ciri expandability dan maintability pada sistem membolehkan ia diubah mengikut keperluan semasa dan tidak terhad kepada pengurusan pusat servis kereta sahaja. Contohnya pusat-pusat servis lain yang memerlukan sistem pengurusanperkhidmatan pelanggan yang mempunyai fungsi yang sama.

4. Cabaran dan Halangan

a. Kesediaan pusat-pusat servis untuk menerima teknologi baru yang akan diintegrasikan dengan sistem sedia ada.
b. Kekangan kepada pusat-pusat servis biasa yang tiada fasiliti rangkaian dan kekurangan bajet.